1. Kehebatab Diri
Kesedaran seseorang terhadap kehebatan diri sendiri akan menjadikan mereka selalu bersedia untuk mencapai sesuatu yang terbaik dalam hidup.
Seekor ikan misalnya terkurung dalam sebuah balang hanya mampu bergerak sekeliling balang. Ikan hanya mampu makan, tidur dan berenang. tiada perkara yang baru wujud dalam kehidupannya.
Kita sebagai manusia seharusnya berbeza daripada ikan. Yang membezakan ikan dan kita ialah Pengurusan Diri. Alhamdulillah kerena kita dikurniakan akal untuk melakukan sesuatu dan mengurus sesuatu. Yang penting kita mampu menafaat apa yang kita ada iaitu akal.
Sebagai seorang Islam seharus sedar bahawa kekuatan atau kehebatan kita sudah diatur oleh Tuhan melalui Rasul dan AlQuran. Islam mengajar kita akan kepentingan ilmu, kepentingan kesihatan, kepentingan kebersihan, kepentingan usaha dan keyakinan diri agar kita sentiasa dihormati oleh kaum yang lain. Kesemua aspek kehidupan terdapat dalam Islam melalui kitab. Kombinasi akal dan kitab menjadikan orang dan umat Islam sebenarnya hebat. namun adakah kita menggunakan kehebatan itu atau kita terus menunggu dan menunggu kehebatan datang sendiri tanpa melakukan sesuatu. Kita perlu sedar kehebatan kita bergantung bagaiaman kita menguru diri kita.
2. Kelebihan Ilmu
Sesiapa yang menjalani satu jalan memperolehi ilmu nanti Allah akan memudahkan bainya memperolehi syurga. Hadis riwayat Muslim.
Gelap ada lima macam: iaitu Gelam Hari Kerana Malam, Gelap Mata Kerana Buta, Gelap Otak Kerana Tidak Berilmu, Gelap hati kerana Tidak Beragama dan Gelap Kehidupan Kerana Lemah Ekonomi. - Cendikiawan.
Menghadiri majlis ilmu adalah lebih utama daripada solat seribu rakaat, melihat serigu orang sakit dan menghantar ke kubur seribu orang mati. Begitu juga membaca Al-Quran tidak akan memberi menafaat jikalau tidak dengan ilmu. - Hadis.
Anda tergolong dalam insan yang mana satu di atara yang berikut;
#insan yang berfikiran tinggi yang gemar berkata-kata tentang ilmu.
#insan berfikiran sederhana yang gemar berkata-kata tentang peristiwa,
#insan berfikiran rendah yang gemar berkata-kata tentang insan lain atau
#insan berfikiran cetek yang gemar berkata-kata dengan memuji diri mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment