Thursday, November 11, 2010

Kem Kecemerlangan PMR dan SPM

2010

Apa Visi Anda









Apa visi saya?. Pernah anda menyoal diri anda mengenai matlamat, nawaitu dan apa anda yang sepatutnya anda perjuangkan dalam hidup. Pastikah halatuju kehidupan anda jelas? Tentunya jarang orang berfikiran sebegitu. Ramai manusia bergerak tanpa haluan dan membiarkan diri mereka hanyut.

Ibarat kita berada dalam satu sampan dan tidak tahu ke mana arah haluan, membiarkan sampan bergerak sendiri dan tersadar pada destinasi yang bukan anda tentukan. Andakah anda bahagia seperti itu? Anda bergantung pada nasib.

Apakah kita tiada nasib baik? Apa yang terjadi kita tidak pernah memikir untuk membina nasib kita sendiri.

Sebenarnya anda dilahirkan sesempurna kejadian. Tidak ada kejadian yang Tuhan buat, selengkap dan seindah kejadian manusia. Anda dilengkap dengan senjata yang sangat lengkap iaitu otak. Kekuatan otak anda mengatasi kecanggihan beribu-ribu buah komputer yang dikagumi kerana kecekapan bekerja yang direka manusia.

Oleh itu gunakan kelebihan anda untuk membina masa depan anda yang bahagia. Puncak kebahagiaan bermula dengan ketinggian ilmu yang anda miliki. Jom kita segara membuka kamus kehidupan dengan satu perjuangan suci iaitu mencintai ilmu. Dengan ilmu anda mampu mengubah diri anda, ekonomi keluarga anda, kerjaya anda dan keluarga anda. Saya percaya anda mampu merekacipta kehidupan anda yang hebat dan membanggakan. Selamat berjuang pelajar-pelajar ku.