Monday, December 10, 2012


8 Tip Bina Keyakinan Diri
 1 Katakan anda Boleh!
Kata-kat a posit if akan membakar semangat anda untuk terus berusaha dan membina keyakinan untuk berjaya.

2Jangan memandang rendah keupayaan diri
Set iap insan mempunyai kelebihan dan kekuat an sendiri yang harus dibanggakan. Jangan biarkan diri anda dibelengggu dengan pandangan negat if terhadap diri sendiri.

3Kaji dan perbaiki kelemahan diri
Kekurangan diri bukan halangan kepada keyakinan diri. Kaj i dan perbaiki kelemahan yang ada kerana it u lebih baik daripada memikirkannya dan berdiam diri.

4Malu biar kena pada tempatnya
Sif at malu harus dipamerkan bila kena pada tempat dan masanya. Jangan biarkan perasaan malu yang t idak ketentuan menyekat diri anda unt uk merasa lebih yakin.

5Sentiasa berfikiran positif
Fikiran posit if akan memberi ransangan kepada diri unt uk berasa yakin dan membentuk diri untuk berani berhadapan dengan sebarang cabaran.

6Sentiasa bersedia dan tidak menangguhkan kerja
Keyakinan diri dapat dibent uk dengan lebih mudah j ika anda sent iasa bersedia dan dapat menyiapkan tugas yang diberi t anpa menangguhkannya.

7Badan sihat , minda cerdas
Kesihat an yang baik dan sihat membolehkan anda unt uk cergas dan cerdas sert a membina keyakinan diri.

8Hargai diri
Penghargaan kepada diri sendiri dapat membent uk perasaan bersyukur dengan anugerah Tuhan sert a membent uk keyakinan diri.

Monday, October 22, 2012


Agama | Kesan Zina Yang Wajib Kita Ketahui
AgamaBlog www.lamankongsi.com

ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.

Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :

1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.

19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Hukuman Zina 


Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:

Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat.

Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan

1- Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.

2- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

3- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.

4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.

5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.

6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.

7- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.

8- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.

9- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.

Bertaubat 

Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.

Allah berfirman, mafhumnya: 

“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” (Al-Furqaan 25:68)

“Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,” (Al-Furqaan 25:69)

“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqaan 25:70)

Dipetik dari: Risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd.
Posted on Monday, October 22 @ 11:00:00 MYT by ahmadi

Sunday, July 1, 2012

SEMINAR HALUAN KERJAYA DAN PENDIDIKAN TINGGI

30 JUN 2012
TANJONG MAS: Satu seminar diadakan untuk pelajar tingkatan lima bagi mendedahkan kepada mereka haluan atau jalan-jalan ke IPTA dan IPTS serta kerjaya yang mampu mereka idamkan dan kejari sehingga berjaya. Seminar ini mendapat kerjasama PTPL sebuah kolej yang masyhor di Kota Bharu bahkan di Malaysia. Puan Irham, pegawai pemasaran PTPL merangkap pegawai kaunseling banyak memberi panduan berguna untuk pelajar. Satu pameran dan simulasi berkaitan beberapa kursus yang diajar di PTPL juga didedahkan kepada pelajar seperti seni kulinuri, seni amasi dan graphik. Seramai 97 orang pelajar terlibat dalam program ini.















Saturday, June 30, 2012

Wednesday, June 27, 2012


Lagi kes cubaan culik anak gadis di Malaysia
Posted on Wednesday, June 27 @ 09:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

BeritaOleh: amkns

"VAN PUTIH MUNCUL LAGI

27 Jun 2012 - Satu lagi kejadian cubaan culik dilaporkan, menjadikannya kes ketujuh sepanjang tahun ini dan kali ini berlaku di kawasan perumahan polis di Setiawangsa, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari, Khamis lalu, mangsa adalah remaja perempuan berusia 16 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ida.

Daripada tujuh kejadian sebelum ini, dua mangsa berjaya dilarikan penculik, termasuk kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar dan dalam kebanyakan kes, kumpulan penjenayah menggunakan van berwarna putih.

Dalam kejadian membabitkan Ida, Khamis lalu, 

remaja itu terselamat apabila berjaya meloloskan diri selepas menjerit sekuat hati ketika seorang lelaki cuba menekup mulutnya sebelum cuba membawanya masuk ke dalam van putih.

Ida berkata, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang dari sekolah dengan berjalan kira-kira dua kilometer bersama rakannya sebelum berpisah.

Sumber: hmetro.com.my"
 

Monday, June 11, 2012


Anak menjadi tuan

Nor Hidayah Mohamed Taib,
Jika sebelum ini, kedengaran isu pembuangan bayi sering dijadikan tajuk utama dalam setiap dada akhbar tetapi keadaan seperti ini seolah-olah telah terbalik, ini kerana  terdapat segelintir anak tanpa segan silu sanggup membuang ibu bapa mereka di rumah jagaan orang tua, di perhentian bas dan terdapat juga di hospital kerajaan. Betapa dunia pada masa kini semakin menginjak ke akhir zaman kerana telah banyak anak yang bersikap seperti tuan-tuan besar, semakin hilang kasih anak kepada ibu bapa dan  semakin banyak anak yang telah mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tua mereka.

Percaya atau tidak, fenomena seperti ini telah pun berlaku di sekitar kita sejak kebelakangan ini sepertimana kejadian yang dilaporkan di Ipoh pada 12 Mei 2012, yang mana seorang wanita warga emas, Jenice Abdullah, 70,  mendakwa bahawa 10 anaknya yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pekerjaan yang professional sengaja berpakat membuang beliau di salah sebuah rumah jagaan orang tua sejak lapan tahun lalu setelah kematian suaminya. Apa yang menyedihkan, kejadian ini berlaku gara-gara kesemua Si Tenggang Moden tersebut jijik mencuci najis beliau.

Kejadian yang menyayat hati turut berlaku di sebuah negeri di utara tanah air, Labuan, pada September 2011, kita telah digemparkan dengan kejadian seorang anak derhaka yang sanggup menghalau dan membuang bapanya yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung dan ditinggalkan di perhentian bas di tepi sekolah dengan keadaan bapanya sehelai sepinggang sehingga terpaksa merempat dan mengharapkan ihsan orang lain. Hal ini kerana dikatakan kehadiran si bapa tidak disukai olah isteri anaknya lalu merasakan kewujudan beliau dirumah tersebut boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga mereka. Ini jelas terbukti bahawa pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan oleh bapa sepanjang membesarkan si anak itu langsung tidak dihargai dan dianggap remeh.

Apa yang lebih mendukacitakan lagi, sifat tidak berperikemanusiaan ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku sabagai orang Islam sedangkan dalam Islam tidak pernah wujud sifat sedemikian malah Islam sangat mencela dengan keras perbuatan seumpama ini. Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu meyambung) dan sumpah yang palsu.” –Hadith riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654.

Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibu bapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah S.W.T. yang mana ia merupakan dosa yang paling keji di atas muka bumi ini. Allah S.W.T. berfirman: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” –al-Nisaa’ (4): 36.

Di dalam ayat ini telah  menjelaskan bahawa Allah memerintahkan hamba-Nya untuk mentauhidkan-Nya dan mengerjakan ibadat kepada-Nya, Allah S.W.T. turut menyuruh hamba-hamba-Nya agar menjaga kedua ibu bapa mereka dengan baik. Dengan erti kata lain, seseorang itu tidak akan dianggap memiliki kemantapan iman serta ibadatnya juga belum dianggap sempurna selagi die tidak berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya.

Terdapat juga kejadian yang dilaporkan pada 15 Januari 2010 yang mana seorang bapa berumur 60 tahun yang menghidap penyakit buah pinggang kronik telah ditinggalkan oleh anaknya di pusat hemodialisis di Kangar, Perlis. Ini difahamkan, warga emas tersebut dianggap sebagai beban kepada anak-anak kerana terpaksa menghantar bapanya pada setiap minggu. Akhirnya, Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menempatkan si bapa tersebut di sebuah rumah kebajikan, Rumah Sri Kenangan di Jejawi. Begitulah kesudahan nasib seorang bapa yang malang kerana telah dianggap beban kepada anak-anak yang mana tanpa disedari sebenarnya begitu banyak kasih sayang yang telah dicurahkan oleh si bapa, tetapi sebaliknya, anak-anak tidak pernah mengambil peduli akan tanggungjawab menjaga dan membalas segala apa yang diberikan oleh bapa mereka malah cuba untuk lari dari setiap tanggungjawab yang perlu mereka hadapi.

Sepertimana yang kita tahu, menjaga ibu bapa yang sudah tua memang bukan satu urusan yang mudah. Kebiasaannya tubuh yang telah dimamah usia menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan adakalanya sangat memerlukan bantuan dari anak-anak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, mudah terasa hati, bahkan agak cerewet dalam banyak perkara. Ada juga yang telah mula lemah daya ingatannya dan menyebabkan perbualan mereka dengan seseorang anak itu hilang sabar. Namun, setiap kesukaran dalam menjaga ibu bapa ini tidak datang dengan sia-sia. Bagi mereka yang sabar dengan kerenah ibu bapa mereka dan tetap menjaga dengan baik dalam apa jua suasana, maka sebenarnya mereka telah menempah tiket untuk ke syurga.

Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibu bapa yang telah lanjut usia, namun mereka masih tidak mampu untuk memasuki syurga. Baginda pernah bersabda: “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” –Hadith riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no 2551.

Namun, masih lagi terdapat isu pada Oktober 2010, yang mana kita dikejutkan dengan sifat tidak berperikemanusiaan seramai 9 orang anak yang sanggup menghantar ibu mereka yang lumpuh separuh badan ke pusat jagaan warga emas dengan alasan ibu kuat makan. Lebih menyedihkan lagi apabila wang pencen arwah suami wanita yang berusia 84 tahun tersebut yang sepatutnya menjadi hak beliau turut dikaut oleh sembilan zuriatnya yang derhaka itu pada setiap bulan.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah bagi anak-anak yang pernah melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah tindakan mereka itu sehingga menyebabkan ibu mahupun bapa mereka mendoakan keburukan terhadap anak-anak mereka kerana doa mereka yang dizalimi apatah lagi jika doa itu merupakan dari ibu bapa, sudah pasti akan termakbul.

Rasulullah pernah bersabda: “Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul tanpa diragui lagi, iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) doa orang tua ke atas anaknya.” –Hadith riwayat Imam al-Tarmizi di dalam Sunnahnya, no: 1828.

Secara realitinya, setiap manusia sememangnya tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Namun hendaklah seseorang itu menebus apa jua kesilapannya dengan tidak meneruskan perbuatan tersebut serta bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Setiap anak adam itu sering berbuat kesilapan dan sebaik-baik orang yang selalu berbuat kesilapan adalah orang-orang yang suka bertaubat." – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 2423.

Sehubungan dengan itu, bagi mereka yang telah menderhaka kepada orang tua mereka, hendaklah kembali ke pangkal jalan. Bertaubatlah dengan segera kerana Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya-Nya walau sebesar mana dosa mereka selagi tidak melakukan perbuatan syirik. Segeralah memohon keampunan kepada ibu bapa yang telah dizalimi itu dan jangan ulangi kesilapan yang lalu. Kembalikankan mereka kepangkuan keluarga, jagalah mereka dengan baik dan jangan biarkan mereka terus bersedih di rumah orang-orang tua seolah-olah mereka ini tiada zuriat yang bertanggungjawab atas hal ehwal mereka.

Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Tuesday, April 17, 2012

sEDIKIT pERINGATAN

Sedikit Peringatan...dikongsi bersama...